Melihat remaja di usia ini adalah seperti melihat diri sendiri 10 tahun yang lalu, serta melihat anak-anak sendiri, 10 tahun yang akan datang.
Besar kenangan, sebesar harapan.
Kem Hijrah Remaja Islam (KEM HIJRI) lahir daripada keduanya.
Segalanya dihimpun dalam catatan saya tentang realiti dan harapan seorang anak muda yang dilakar 15 tahun yang [...]
Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti.
Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif.
Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’.
KAMUS ARAB
Lihat sahaja pada jenis-jenis kamus di dalam [...]
Saya tidak pasti apa yang mahu dicatat.
Menulis tanpa ketenangan fikiran, bukanlah sesuatu yang baik.
Terlalu mudah untuk dikesan pada apa yang diluahkan. Ternampak fikiran yang tidak tenteram, hati yang kusam dan pandangan yang kelam.
Tetapi diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram. Nyatanya bagi orang yang berehat [...]
“Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!” seorang guru persatuan berucap di pentas.
Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman.
“Ghurur!” kata sesetengah orang.
Perbuatan meremehkan orang muda [...]
“Jadi ustaz bercakap dengan anak-anak dalam Bahasa Arablah, ya?” tanya Azmi, rakan saya.
“Err!!!” saya tergamam.
Kami berbual sambil melihat kerenah anak-anak bermain. Sudah agak lama saya tidak bertemu dengan beliau.
“Memang kena dalam Bahasa Arabkah?” saya bertanya.
“Rugilah, ustaz. Kalau dah boleh kuasai Bahasa Arab, rugilah kalau tidak berpindah ke [...]
Saya sudah berubah?
Itu kata kawan-kawan lama.
Terima kasih kerana prihatin. Sekurang-kurangnya teguran dan pandangan kalian menjadikan saya tidak sendirian. Bukankah sendirian itu menjadikan kita mudah terbaham syaitan lagak serigala memangsa biri-biri yang menolak kawan.
Tetapi di sudut manakah saya telah berubah?
Ada yang panggil saya Ustaz Darwin, sebab saya [...]