blognetnews.com
» Autism

Saifulislam.Com

  • Di Dalam Dunia Yang TIDAK PATUT Ini

    2142

    “Saya susah hati,” kata Nasir.

    “Kenapa?” saya menoleh ke arahnya.

    “Bulan depan saya akan menyertai ‘kelab ustaz’!” ujar beliau.

    “Kelab Suami Doktor ke?” saya bertanya.

    “Ya. Tak lama lagi Insya Allah,” kata Nasir lagi.

    “Alhamdulillah. Welcome to the club, akhi!” saya teruja dan menumpang gembira.

    Di kalangan rakan yang mengenali, istilah ‘Kelab Suami [...]

    Posted: November 30, 2009, 9:28pm EST
    by Abu Saif
  • Sanah Helwah ya Imad!

    birthdayimad09

    Setiap anak ada wataknya.

    Ada yang sensitif, ada yang berani ke depan, ada yang pendiam dan ada yang bising.

    Ada juga yang memegang watak badut untuk memecahkana tawa semua.

    Mungkin yang terakhir itu adalah watak paling sesuai untuk menggambarkan peranan Muhammad Imaduddin dalam keluarga saya. Dia yang selalu menyesakkan dada [...]

    Posted: November 29, 2009, 8:18pm EST
    by Abu Saif
  • Nostalgia Tanah Suci

    Ibadah Haji itu penuh simbolik.

    Merenung dan mencari maksud di sebalik ibadah Haji, memerlukan manusia mencelikkan mata hati serta melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

    Ada cerita di sebalik setiap satu perbuatan.

    Ada hikmah di sebalik setiap satu tindakan.

    Haji mencelikkan mata hati agar manusia pergi jauh meninggalkan apa yang sekadar terlihat [...]

    Posted: November 27, 2009, 11:38am EST
    by Abu Saif
  • Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

    eid-prayer

    Semuanya tiada.

    Tiada Jualan Murah.

    Tiada Lagu Raya.

    Tiada rancangan khas di televisyen.

    Tiada mercun dan panjut menghias malam.

    Segalanya tiada.

    Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

    Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

    Satu [...]

    Posted: November 26, 2009, 11:10am EST
    by Abu Saif
  • Jangan Bakar Buku!

    2600

    “Boleh saya tengok buku tu?” pinta Yusuf.

    “Silakan,” saya mengajukan naskhah yang ada di tangan.

    Yusuf berkerut dahi. Membelek-belek buku tersebut dan menyelak beberapa lembaran yang kelihatannya bersifat selektif.

    “Kenapa buku ini?” beliau menyoal.

    “Kenapa tidak?’ saya agak tidak selesa dengan cara beliau bertanya.

    “Imam tidak kenal dengan penulisnya?” soal beliau lagi.

    “Oh, [...]

    Posted: November 24, 2009, 10:58am EST
    by Abu Saif
  • Imej Baru: Melakar Semangat Remaja Islam

    Melihat remaja di usia ini adalah seperti melihat diri sendiri 10 tahun yang lalu, serta melihat anak-anak sendiri, 10 tahun yang akan datang.

    Besar kenangan, sebesar harapan.

    Kem Hijrah Remaja Islam (KEM HIJRI) lahir daripada keduanya.

    Segalanya dihimpun dalam catatan saya tentang realiti dan harapan seorang anak muda yang dilakar 15 tahun yang [...]

    Posted: November 22, 2009, 5:04pm EST
    by Abu Saif
  • Forum Cabaran Mendidik Generasi-Y

    02

    “Sebaik-baik kamu ialah kamu yang apa?” mungkin terlontar soalan seperti ini.

    “Kamu yang solat Subuh berjemaah setiap pagi?” satu jawapan cadangan.

    “Kamu yang berumrah di Mekah setiap Ramadhan?” boleh jadi juga.

    “Kamu yang hafiz al-Quran?” mungkin dan barangkali.

    Semua amalan di atas amat tinggi nilainya. Namun kesemuanya masih sebuah proses. Bukan [...]

    Posted: November 21, 2009, 10:10am EST
    by Abu Saif
  • Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan

    ghazali-dedenhimawan

    Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti.

    Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif.

    Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’.

    KAMUS ARAB

    Lihat sahaja pada jenis-jenis kamus di dalam [...]

    Posted: November 18, 2009, 1:04pm EST
    by Abu Saif
  • Bagaimana Mengajak Anak ke KEM HIJRI 1431 (Dan Kem-kem Lain)

    106_0155

    “Adam nak pergi kem motivasi?” tanya seorang ibu kepada si anak.

    “Brrr!!!” jawab si anak.

    Tidak perlu menyusun ayat. Getar bibir itu sudah menceritakan segala-galanya.

    “Kenapa tak nak pergi?” tanya si ibu lagi.

    “Boring!” Adam jujur menjawab.

    Susah untuk menidakkan pandangan anak-anak tentang kem motivasi.

    Membosankan, tiada televisyen, tidak boleh guna telefon bimbit, [...]

    Posted: November 18, 2009, 9:54am EST
    by Abu Saif
  • KEM HIJRI 1431 DATANG LAGI – Pendaftaran Dibuka

    HIJRI1431


    Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk [...]

    Posted: November 17, 2009, 6:13am EST
    by Abu Saif
  • Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

    dvd1422

    “Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?” tengking seorang wanita kepada anaknya.

    Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada.

    Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi.

    Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi daya [...]

    Posted: November 14, 2009, 12:00pm EST
    by Abu Saif
  • Jangan Gopoh Dalam Bicara

    218268529

    Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa

    Mengapa sepi?

    Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan.

    Tetapi ia tidak berlaku.

    Segalanya berakhir dengan diam.

    Saya sedang menyelak lembaran-lembaran kitab kecil tinggalan Said Hawwa.

    Orangnya sangat berhalus, kritikannya amat berhemah. Tetapi Said Hawwa tetap tidak disenangi oleh segelintir pendukung [...]

    Posted: November 14, 2009, 10:22am EST
    by Abu Saif
  • Sempitnya Dunia Luasnya Gua

    gua - copyright www.chromasia.com

    image copyright www.chromasia.com

    “Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda.

    “Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas.

    Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang sempit, atau tertutup. Mereka yang [...]

    Posted: November 11, 2009, 8:42pm EST
    by Abu Saif
  • ‘Call Me Irresponsible’

    2747

    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan.

    Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka.

    Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah aturcara, tidak tepat merencanakan [...]

    Posted: November 10, 2009, 11:41am EST
    by Abu Saif
  • Pencerahan di Sebuah Desa Bernama Oxford

    oxford001

    “Apa nak ceramah ni?” saya menggaru kepala.

    “Kenapa ustaz?” tanya Azli, rakan serumah di London.

    “Petang ini, ada ceramah di Oxford. Entah kenapa bila dengar nama Oxford tu rasa gementar pula,” saya bercerita sambil menyelak lembaran Riyadh al-Saaliheen mencari topik ceramah.

    “Sama sahaja, ustaz. Macam mana ustaz ceramah di tempat [...]

    Posted: November 07, 2009, 9:30am EST
    by Abu Saif
  • Rayuan Derma Untuk Penderma Hati

    IMG_0001

    Klik imej untuk paparan yang lebih jelas

    Kesihatan Ahmad Khariri al-Hadi sentiasa terumbang-ambing.

    Komplikasi yang dialami kesan daripada pendermaan hati yang dilakukannya dulu, semakin pelbagai.

    Terkini Ahmad Khariri disahkan perlu menjalani pembedahan pada 10 November 2009 untuk kes adhesion colic. Beliau memerlukan pembiayaan sejumlah RM12,000 untuk pembedahan ini dilakukan.

    Saya [...]

    Posted: November 05, 2009, 11:48am EST
    by Abu Saif
  • GRAMEDIA Bookstores: Spa Minda Terkini di Ibu Kota

    gramedia01

    Orang stress suka kepada spa.

    Boleh berehat dan tenang-tenangkan diri.

    Tetapi lain orang lain cara berehatnya.

    Ramai orang berehat selepas penat bersolat. Sesi makan-makan selepas solat lapan  rakaat malam Ramadhan itu dinamakan ‘moreh’, yakni sesuatu yang merehatkan. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam lain pula ceritanya. Baginda berehat dengan bersolat. [...]

    Posted: November 05, 2009, 10:22am EST
    by Abu Saif
  • Justifikasi Seorang Teman

    012995422

    Saya tidak pasti apa yang mahu dicatat.

    Menulis tanpa ketenangan fikiran, bukanlah sesuatu yang baik.

    Terlalu mudah untuk dikesan pada apa yang diluahkan. Ternampak fikiran yang tidak tenteram, hati yang kusam dan pandangan yang kelam.

    Tetapi diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram. Nyatanya bagi orang yang berehat [...]

    Posted: November 03, 2009, 11:44am EST
    by Abu Saif
  • Meneladani Krisis Salaf vs. Khalaf di Era Othmaniyyah

    scholar.gif

    KETERBUKAAN OTHMANIYYAH

    Sebagaimana yang kita semua sedia tahu, Othmaniyyah bermazhab Hanafi. Mazhab Hanafi telah menjadi pegangan negara-negara bangsa Turki di era Islam semenjak dari zaman Karakhanid. Dengan tabiat yang wujud di dalam kaedah pengambilan hukum dan pengembangannya di dalam Mazhab Hanafi, masyarakat Othmaniyyah menganggap mereka sebagai terbuka dan [...]

    Posted: November 02, 2009, 10:09pm EST
    by Abu Saif
  • Bursa Saham Anak Muda

    DSC_1719

    “Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!” seorang guru persatuan berucap di pentas.

    Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman.

    “Ghurur!” kata sesetengah orang.

    Perbuatan meremehkan orang muda [...]

    Posted: November 01, 2009, 9:48pm EST
    by Abu Saif

Blog Info:
Saifulislam.Com

» http://saifulislam.com

Categories

BNN Traffic Index

Alexa: 137,200
-2,373

Compete: 610,944
0

Quantcast: No data
0

BNN Traffic Index: -1,187

BNN Authority Index

Technorati: 0

Google: 25

BNN Authority Index: 12.5

Author(s)

Abu Saif

» Subscribe to the Saifulislam.Com feed